NOTA
PENTING.
UMUM
1.
Perkhidmantan ini adalah tertakluk kepada Kontrak 24 bulan
dan yuran
penamatan sebanyak RM500
boleh dikenakan untuk mana-mana perkhidmatan
yang ditamatkan dalam tempoh kontrak.
2. Pakej kediaman (Residential)
hanya boleh dilanggani oleh pelanggan kediaman sahaja
3. Turun taraf Pakej adalah tertakluk kepada yuran sebanyak RM200.
Sebarang permintaan naik taraf atau turun taraf yang memerlukan pihak
TM mengunjungi permis atau kediaman pelanggan akan dikenakan caj
tambahan RM200.
4. Pakej kediaman UniFi tertakluk kepada Fair Usage Police
(FUP)
yang
kini dipraktikkan secara global.
5. Untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan, sila jelaskan
kesemua bil tertunggak menjelang tarikh akhir yang dikeluarkan.
6. Bil UniFi pertama termasuk yuran lanaganan untuk 2 bulan sebagai
bayaran pendahuluan. (Semasa dan bulan berikutnya). Yuran
pemasangan akan dikecualikan jika anda mendaftar dalam tempoh promosi.
7. Pelanggan TM Streamyx sedia ada dan ingin melanggan UniFi,
boleh memilih samada untuk menamatkan atau meneruskan
langganan perkhidmatan sedia ada. Pelanggan yang memilih untuk
terus
melanggan perkhidmatan TM Streamyx akan menerima bil
berasingan
daripada UniFi. Untuk bangunan tinggi berdawai kuprum, perkhidmatan
Streamyx sedia ada akan diputuskan untuk membenarkan perkhidmatan UniFi
dipasang pada talian kuprum yang sama.
8.
Pelanggan akan dikenakan bayaran RM50
untuk sebarang bantuan
teknikal yang diperlukan dirumah pelangan selepas pemasangan
perkhidmatan Unifi.
9. Pengesahan kelayakan kredit pelanggan akan dilakukan sebelum
melanggan UniFi.
10. TM berhak untuk mengubah Saluran HyppTV yang ditawarkan pada
bila-bila masa.
11. Tertakluk pada terma dan syarat dan juga tertakluk pada perubahan.
Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua melalui saluran
komunikasi sedia ada.
PEMASANGAN
1.
Pemasangan UniFi tertakluk kepada kesediaan
perkhidmatan, teknikal dan keperluan ujian sivil.
2. Yuran pemasangan adalah prosedur pemasangan biasa UniFi sahaja.
Yuran ini tidak termasuk caj yang dikenakan kontraktor untuk kerja lain
seperti lindungi pendawaian, ubahsuai siling, ubahsuai pendawai dan
lain-lain.
3. Temujanji pemasangan tertakluk kepada slot waktu terawal sedia ada.
4. Pemasangan gentian di kediaman teres / berkembar / banglo mengambil
masa 5 hingga 8 jam. Pemasangan di bagunan tinggi menggunakan Very High
Speed Digital Subscriber Line (VDSL2)
akan mengambil masa 2
hingga 3
jam.
5. Pelanggan yang mengubahsuai permis dinasihatkan menghubungi TM
semula sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaian untuk temujanji
pemasangan UniFi.
6. Pendawaian dalaman tidak akan diuruskan oleh TM. Pelanggan boleh
memilih kontraktor sendiri atau daripada senarai kontraktor yang
diperakui oleh TM atas perbelanjaan sendiri.
7. Ketika pemasangan UniFi, TM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang
kerosakkan akibat kerja - kerja yang dilakukan oleh kontraktor diupah
oleh pelanggan sendiri.
8. Pemilik kediaman harus hadir ketika pemasangan UniFI dilakukan untuk
mengesahkan proses pemasangan.
9. Caj Penalti RM200 akan dikenakan jika permis tidak dapat dimasuki
atau temujanji ditunda pada tarikh pemasangan. Sebarang perubahan /
tundaan harus dilakukan sekurang - kurangnya 24 jam sebelum masa
temujanji. Sebarang temujanji semula adalah bergantung pada kesediaan
slot waktu.
10. Semua peralatan UniFi yang disediakan oleh TM tertakluk kepada jaminan
satu [1] tahun. Pelanggan
bertanggungjawab untuk menyediakan Tv
serta
sambungan
4 soket untuk melengkapkan pemasangan.
11. Pengerudian minima diperlukan untuk pemasangan gentian di permis.
12. Yuran pemasangan adalah termasuk kabel luaran sehingga pendawaian
dalaman maksima sepanjang 15 meter untuk
kabel gentian, 15 meter untuk
kabel telefon/ethernet dan 30 meter untuk casing (raceway).
Caj tambahan akan
dikenakan untuk kabel melebihi 15 meter dan 30 meter casing (raceway).
KELAJUAN
AKSES INTERNET
Kelajuan
akses internet bergantung kepada berbagai
faktor seperti:
Faktor
|
Penerangan |
Lokasi
laman web |
Akses
ke laman web antarabangsa mungkin perlahan kerana trafik yang sesak. |
Kapisiti
web server |
Sesetengah
web server menghadkan kapisiti bagi menangani permintaan trafik yang
tinggi atau mungkin menghadkan menghadkan kelajuan muat turun untuk
memastikan penggunaan yang sama untuk semua. |
Kesesakan
rangkaian |
Kesesakan
rangkaian sementara disebabkan kerja - kerja penyelengaraan. |
Pengguna
atau aplikasi berganda |
Menggunakan
pelbagai aplikasi dalam masa yang sama seperti BiTorrent P2P
dan sebagainya akan
mengurangkan kelajuan akses. Jumlah pengguna yang berkongsi akses dalam
masa yang sama juga boleh mengurangkan kelajuan. |
Sistem
operasi komputer |
Sesetengah
konfigerasi pada sistem operasi komputer boleh menjejaskan prestasi
akses Internet. |
Sambungan
WiFI
(tanpa
wayar) |
Berbanding
dengan sambungan berwayar, sambungan WiFi (tanpa wayar) boleh
memperlahankan akses Internet |
*
NOTA - Jika anda ingin
menggunakan HomePlug/BPL
untuk HyppTV atau internet anda, atau menggunakan Wireless
Repeater
untuk
meningkatkan isyarat WiFi daripada Router,
penggunaan perkhidmatan mungkin terjejas disebabkan berbagai faktor
seperti gangguan daripada alatan eletrik lain yang berhampiran, kualiti
talian kuprum dan had jarak jangkauan. Oleh yang demikian TM tidak dapat memberi
sebarang
jaminan berhubung kualiti perkhidmatan.
|
salam
ReplyDeletesekarang nie pun tm akan melawat ke rumah ke untuk upgrade speed?
terima kasih
http://daftar-unifi-online.blogspot.com/2015/10/pakejunifibiz.html
ade kemungkinan boleh kene saman, naik mahkamah kalau tak terminate, tapi dah lama tinggalkan rumah sewa tersebut?...
ReplyDeletesalam kalau nak tahu maklumat lanjut.. sila pergi tm point sendiri jangan terlalu percaya dekat agent-agent unifi
ReplyDeletesalam kalau nak tahu maklumat lanjut.. sila pergi tm point sendiri jangan terlalu percaya dekat agent-agent unifi
ReplyDelete