TERMA - UNIFI PERNIAGAAN

NOTA PENTING.
Sila Baca!

UMUM

1. Perkhidmantan ini adalah tertakluk kepada Kontrak 24 bulan dan yuran penamatan sebanyak RM500 boleh dikenakan untuk mana-mana perkhidmatan yang ditamatkan dalam tempoh kontrak.

2. Turun taraf Pakej adalah tertakluk kepada yuran sebanyak RM200. Sebarang permintaan naik taraf atau turun taraf yang memerlukan pihak TM mengunjungi permis atau kediaman pelanggan akan dikenakan caj tambahan RM200.

3. Untuk mengelakkan sebarang gangguan perkhidmatan, sila jelaskan kesemua bil tertunggak menjelang tarikh akhir yang dikeluarkan.

4. Bil UniFi pertama termasuk yuran lanaganan untuk 2 bulan sebagai bayaran pendahuluan. (Semasa dan bulan berikutnya).  Yuran pemasangan akan dikecualikan jika anda mendaftar dalam tempoh promosi.

5. Pelanggan Business Broadband sedia ada dan ingin melanggan UniFi, boleh memilih samada untuk menamatkan atau meneruskan langganan perkhidmatan sedia ada. Pelanggan yang memilih untuk terus melanggan perkhidmatan Business Broadband akan menerima bil berasingan daripada UniFi. Untuk bangunan tinggi berdawai kuprum, perkhidmatan Streamyx sedia ada akan diputuskan untuk membenarkan perkhidmatan UniFi dipasang pada talian kuprum yang sama.

6. Pengesahan kelayakan kredit pelanggan akan dilakukan sebelum melanggan UniFi.

7. Pelanggan akan dikenakan bayaran RM50 untuk sebarang bantuan teknikal yang diperlukan dipermis perniagaan pelangan selepas pemasangan perkhidmatan Unifi.

8. Alamat IP TETAP tidak termasuk dalam pakej UniFi Dinamik IP. Sebarang perubahan akan dimaklumkan kepada semua saluran komunikasi sedia ada.

9. Tertakluk pada terma dan syarat dan juga tertakluk pada perubahan.


PEMASANGAN

1. Pemasangan UniFi tertakluk kepada kesediaan perkhidmatan, teknikal dan keperluan ujian sivil.

2. Yuran pemasangan adalah prosedur pemasangan biasa UniFi sahaja. Yuran ini tidak termasuk caj yang dikenakan kontraktor untuk kerja lain seperti lindungi pendawaian, ubahsuai siling, ubahsuai pendawai dan lain-lain.

3. Temujanji pemasangan tertakluk kepada slot waktu terawal sedia ada.

4. Pemasangan gentian di kediaman teres / berkembar / banglo mengambil masa 5 hingga 8 jam. Pemasangan di bagunan tinggi menggunakan Very High Speed Digital Subscriber Line (VDSL2) akan mengambil masa 2 hingga 3 jam.

 
5. Pelanggan yang mengubahsuai permis dinasihatkan menghubungi TM semula sebaik sahaja kerja-kerja pengubahsuaian untuk temujanji pemasangan UniFi.

6. Pendawaian dalaman tidak akan diuruskan oleh TM. Pelanggan boleh memilih kontraktor sendiri atau daripada senarai kontraktor yang diperakui oleh TM atas perbelanjaan sendiri.

7. Ketika pemasangan UniFi, TM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan akibat kerja - kerja yang dilakukan oleh kontraktor diupah oleh pelanggan sendiri.

8. Pemilik kediaman harus hadir ketika pemasangan UniFI dilakukan untuk mengesahkan proses pemasangan.

9. Caj Penalti RM200 akan dikenakan jika permis tidak dapat dimasuki atau temujanji ditunda pada tarikh pemasangan. Sebarang perubahan / tundaan harus dilakukan sekurang - kurangnya 24 jam sebelum masa temujanji. Sebarang temujanji semula adalah bergantung pada kesediaan slot waktu.

10. Semua peralatan UniFi yang disediakan oleh TM tertakluk kepada jaminan satu [1] tahun. Pelanggan bertanggungjawab untuk menyediakan sambungan 4 soket untuk melengkapkan pemasangan.

11. Pengerudian minima diperlukan untuk pemasangan gentian di permis.  

12. Yuran pemasangan adalah termasuk kabel luaran sehingga pendawaian dalaman maksima sepanjang 15 meter untuk kabel gentian, 15 meter untuk kabel telefon / ethernet dan 30 meter untuk casing (raceway). Caj tambahan akan dikenakan untuk kabel melebihi 15 meter dan 30 meter casing (raceway)..

KELAJUAN AKSES INTERNET
Kelajuan akses internet bergantung kepada berbagai faktor seperti:

Faktor Penerangan
Lokasi laman web Akses ke laman web antarabangsa mungkin perlahan kerana trafik yang sesak.
Kapisiti web server Sesetengah web server menghadkan kapisiti bagi menangani permintaan trafik yang tinggi atau mungkin menghadkan menghadkan kelajuan muat turun untuk memastikan penggunaan yang sama untuk semua.
Kesesakan rangkaian Kesesakan rangkaian sementara disebabkan kerja - kerja penyelengaraan.
Pengguna atau aplikasi berganda Menggunakan pelbagai aplikasi dalam masa yang sama seperti BiTorrent P2P dan sebagainya akan mengurangkan kelajuan akses. Jumlah pengguna yang berkongsi akses dalam masa yang sama juga boleh mengurangkan kelajuan.
Sistem operasi komputer Sesetengah konfigerasi pada sistem operasi komputer boleh menjejaskan prestasi akses Internet.
Sambungan WiFI
(tanpa wayar)
Berbanding dengan sambungan berwayar, sambungan WiFi  (tanpa wayar) boleh memperlahankan akses Internet

* NOTA
- Jika anda ingin menggunakan HomePlug/BPL untuk internet anda, atau menggunakan Wireless Repeater untuk meningkatkan isyarat WiFi daripada Router, penggunaan perkhidmatan mungkin terjejas disebabkan berbagai faktor seperti gangguan daripada alatan eletrik lain yang berhampiran, kualiti talian kuprum dan had jarak jangkauan. Oleh yang demikian TM tidak dapat memberi sebarang jaminan berhubung kualiti perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment