Friday, October 19, 2012

Penerangan Ringkas


Salam Sejahtera Semua.

Saya telah berjumpa dengan ramai pelangan dan rakan-rakan yang masih tidak tahu dan faham tentang produk UniFi ini walaupun sudah lama berada dipasaran. Biarlah saya berikan sedikit tips disini agar anda mendapat pendedahan serta maklumat berguna dan bagi mereka yang memerlukan.

Keupayaan / Kelebihan UniFi..

  • Melalui promosi yang berlangsung sekarang, pelanggan tidak perlu membayar harga / kos pemasangan serta alatan bernilai RM1000. Ianya PERCUMA dan tiada DEPOSIT. Pendaftaran juga adalah PERCUMA!
  • HyppTV memberi anda perkhidmatan siaran rancangan TV termasuk saluran percuma (Free On Air) sehinggalah saluran pilihan berbayar. Anda tidak perlu gusar kerana anda hanya PERLU bayar untuk apa yang anda hendak tonton saja. Sementara itu, anda masih boleh menonton siaran rancangan kegemaran walau dalam keadaan cuaca buruk.
  • Melalui saluran interaktif pula anda boleh terus akses ke akaun Facebook anda, Youtube serta anda boleh mendapatkan pelbagai maklumat terkini seperti Info trafik, waktu solat, jadual penerbangan dan lain-lain hanya dari kaca televisyen dirumah anda. Hebatkan?..
  • Internet pula boleh anda layari berdasarkan kelajuan (speed) seminima 5 Mbps sehingga 20Mbps. Tiada gangguan / buffering jika dibandingkan dengan produk lain dipasaran sebab Unifi menggunakan teknologi rangkaian jalur lebar gentian optik berkelajuan tinggi pertama dan terbaik di Malaysia.
  • Sementara perkhimatan telefon pula menawar kadar panggilan PERCUMA kesemua talian tetap TM seluruh negara dan KADAR RATA /FLAT panggilan 10sen / minit kesemua talian tetap dan mudah alih yang lain.
  • Selain itu TM WiFi Zone mempunyai 19000 lokasi hotspot diseluruh negara. Anda sudah tidak perlu bawa sebarang alatan / device broadband lagi. Sebagai pelanggan Unifi, anda sudah boleh terus LOG IN menggunakan ID dan PASSWORD anda dan layari internet dari mana-mana saja kawasan liputan Hotspot TM WiFi Zone diseluruh negara.
  • iSheild Plus serta Guard Plus pula akan melindungi anda dari perlbagai ancaman siber seperti virus dan spyware serta dari kandungan website yang tidak sesuai untuk tontonan keluarga (UniFi Residential / Kediaman) mahupun dipejabat (UniFi Business / Perniagaan).

* HyppTV - Hanya terdapat dalam pakej Unifi Kediaman / Residential sahaja..

Selain itu perkara yang sering disalah anggap ialah Kawasan Liputan (coverage). Fasa liputan Unifi dibuat secara berperingkat-peringkat kerana melibatkan pelbagai faktor seperti kadar permintaan, kepadatan rangkaian sedia ada serta perancangan pembangunan TM secara keseluruhan dimasa hadapan. Maka sekiranya tiada liputan dikawasan anda sekarang, tidak bererti tidak akan ada sampai bila-bila.

* Sila emailkan alamat anda(pemasangan) untuk mendapatkan maklumat lokasi liputan terkini.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan Unifi, sila hantarkan maklumat anda diruangan yang telah saya sediakan.

UniFI.. Terrrbaik!... :)

Azman Syed

SILA DAPATKAN MAKLUMAT TERPERINCI DIMENU DISEDIAKAN

1 comment:

  1. hi it's me sangam I from Nepal but now I am working penang malaysia .I want know process connection unifi . how much pay deposit & monthly package charge

    ReplyDelete